Saturday, July 7, 2012

Baju Oh Baju Melayu.........Oh Melayuku

Dari Penulis Jemputan- Anak Sriwijaya

Siapakah yang pertama yang merekabentuk baju melayu ? Baik....kita tinggalkan dulu persoalan ini......kita kan sentuh tentangnya dalam posting yang akan datang.

Baju Melayu seperti namanya adalah merupakan pakaian lelaki melayu. Ia menjadi pakaian kebanggaan orang melayu dan dipakai dikawasan orang melayu seperti selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Brunei dan di Indonesia terutamannya di kepulauan Riau, Kalimantan Barat , dan beberapa daerah daerah melayu lain  di Sumatera.

Busana baju melayu terdiri dari dua bahagaian, bahagian atas adalah baju yang berlengan panjang dengan kolarnya biasanya stif dan terangkat sedikit yang terkenal dengan kolar cekak musang. Kolar jenis ini dipakai dikebanyakan daerah daerah melayu.



Bagaimanapun di Johor, bahagian bukaan leher dijahit dengan jahitan berseni yang dinamakan tulang belut, atau juga dinamakan sebagai "teluk belanga" sempena nama pusat pemerintahan Kerajaan Johor lama yang bertempat di Telok Belanga, sekarang di Singapura.  Mengikut sejarah kolar ini dinamakan demikian mengambil sempena perpindahan pusat pemerintahan Kerajaan Johor dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1866.

Walaupun jahitan nampak mudah, tapi  sebenarnya lebih sukar dibuat dari kolar cekak musang. Sebab itulah tidak ramai tukang tukang jahit diluar Johor boleh menjahit kolar "tulang belut" dengan baik.


cekak musang



Kolar Tulang Belut

 

Kalau anda orang yang teliti, anda dapat lihat bahawa kolar tulang belut amat sesuai bagi lelaki yang berleher besar. Barangkali sebab itulah baju melayu berkolar begini popular dikalangan melayu johor yang  berketurunan Bugis , keturunan pahlawan pahlawan yang rata rata mempunyai leher yang agak besar dan dada  yang bidang dan sasa.

Sementara kolar cekak musang amat sesuai bagi lelaki yang tinggi lampai dan berleher jinjang.


Bahagian bawah busana melayu ini pula ialah seluar yang dijahit longgar untuk memudahkan pergerakan.
Fabriknya biasanya terdiri dari kain kapas atau campuran kain kapas dan polyster, tetapi sekarang mengikut peredaran semasa pelbagai fabrik lain juga digunakan.Ya, baju dan seluar  adalah dari fabrik yang sama.

Untuk melengkapi set baju melayu yang sudah sedia segak, kain samping atau hanya dipanggil samping yang biasanya diperbuat dari songket atau kain seperti kain pelikat, dipakai dibahagian tengah, dari sedikit atas pusat ke sedikit bawah lutut. Ia menampakkan lelaki melayu begitu segak, macho tetapi tetap sopan


Samping


Samping songket biasanya dipakai dalam majlis majlis khusus, seperti majlis adat adat resmi seperti penerimaan anugerah dari kerajaan , sultan, hari hari perayaan dan upacara perankahwin dan pertunangan.Samping kain pelikat atau sampai tenun biasa biasa juga dipakai pada hari jumaat ketika ke masjid terutamanya bagi lelaki lelaki yang mementingkan keterampilan.

Cara mengikat sampin ada berbagai bagai tapi dibawa ditunjukkan hanya beberapa seperti ikat pancung,, ikat kembung dan ikat lingkup.

Setengah orang suka memakai sampin dibawah baju, selalunya cara ini popular dikalangan pemakai baju melayu teluk belanga, begitu pula sampin biasanya dipakai diatas (luar) baju bagi pemakai baju melayu berkolar cekak musang.


Ikat Pancung





Ikat Kembung







Ikat lingkup



Baju melayu biasa dipakai dengan songkok atau kopiah bagi majlis majlis biasa, dalam majlis perkahwinan biasanya disertai juga dengan tengkolok yang juga dibuat dari kain songket


Pemilihan warna


Biasanya warna baju melayu adalah dari warna warna terang yang melambangkan kejantanan lelaki melayu. Warna hitam menjadi warna syarat dalam majlis majlis formal kerajaan. Dalam majlis biasa sepert hari raya warna warna terang dan berona  polos selalunya menjadi pilihan, namun begitu corak polkadot dan jalur halus jugak digemari terutama bagi kalangan muda.



Pencemaran Budaya

Kebelakangan ini ramai tukang jahit berpewatakan lembut mengenengahkan baju baju bewarna lembut seperti warna merah jambu, jingga cair dan warna aqua, dan warna warna pastel lain.

Terbaru ada pula diketengahkan sulam sulaman bercorak keperempuanan. Ini dirasakan sebagai satu pencemaran budaya. Dengan corak sulaman berbunga apatah lagi dengan warna warna lembut maka hilanglah ciri ciri asal baju melayu bertujuan menyerlahkan ketampanan dan keperkasaan lelaki melayu....tujuan asal pereka baju melayu dizaman kesultanan melaka  semakin pudar dan hilang


pencemaran







No comments:

Post a Comment